Kami mahu melihat semua orang mengalami faedah-faedah tidur, berehat dan bersantai yang lebih baik. Kami mahu setiap orang menghargai kehidupan mereka dan betapa produktifnya mereka. Tidak dinafikan bahawa kebahagiaan serta kehidupan yang mempunyai hati dan otak yang sihat datang dari Tidur yang Lena dan Suasana yang Bebas dari Tekanan.
Sebab itulah kami tidak nampak diri kami hanya sebagai sebuah syarikat perkilangan perabot tetapi sebagai sebuah perniagaan yang membantu untuk meningkatkan taraf hidup seseorang. Tiada apa yang boleh menjejaskan prestasi harian anda selain daripada cara anda bekerja, belajar, bermain dan tidur. Ia adalah satu kebenaran : mengalami malam-malam yang lebih baik bermakna siang hari juga akan lebih baik dan jika ia disertakan dengan suasana yang bebas dari tekanan ia akan memastikan anda untuk bangun segar serta cergas dan bersedia untuk menghadapi hari-hari anda.
Majoriti pelanggan-pelanggan kami baik di sector Kerajaan mahu pun swasta telah membuat OFFIXs sebagai standard untuk mereka dan dengan membuat tempahan demi tempahan membuktikan rangkaian produk keluaran kami adalah produk yang berkualiti dan bermutu tinggi. Kami mengamalkan bahawa kualiti bermula “di rumah” dan semua kemudahan serta peralatan kami yang sedia ada membantu untuk menuju ke arah tersebut.
|

“Komited Ke Arah Kecermelangan ” |